Berhati2 menempuh hidup bujang..(siri 1)

Berhati-hatilah menempuh hidup bujang iaitu belum bernikah kerana ada orang berpegang kepada kata-kata: SEBELUM NIKAH, ENJOY LAH DULU. Maknanya bersuka-suka betul-betul, enjoy betul-betul kemudian bernikah.

Apakah ertinya bersuka-suka dulu, enjoy dulu? Dalam Islam penilaiannya amatlah mudah. Kita boleh buat apa saja yang kita suka asalkan tidak melanggar sebarang peraturan hidup yang ditetapkan Islam. Kita sudah besar panjang dan setiap kita sampai bila-bila bertanggung jawab secara individu di dunia dan di akhirat terhadap apa yang kita apa yang kita lakukan. Itulah yang yang di maksudkan dengan mukallaf di dalam Islam. Pastikan kita sentiasa berada didalam kawasan halal yang di izinkan. Sila rujuk penerangan yang lebih terperinci mengenai Hadith yang ke 6 dalam Hadith 40 Imam Nawawi. Jangan sampai berhampiran sempadan larangan kerana di takuti melakukan yang haram.

Untuk bersuka-suka, untuk enjoy, jangan sampai kita mengganggu atau merosakkan orang lain, lelaki atau perempuan, tidak kira siapa dia, samada dia rela atau tidak. Perkara yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki-perempuan bukan mahram adalah termasuk hak Allah yang tidak ada siapa boleh mengizinkannya. Kalau kita pun berpegang kepada kata-kata bersuka-suka dulu berapakah ramai orangkah yang kita perlu kita rosakkan sebelum akhirnya menemui jodoh kita. Kebiasaannya kebanyakan orang lain itu sebenarnya orang yang sama dari sudut rasa (taste) – dari sudut warna kulit, bangsa dan agama – dengan kita. Sebenarnya kita telah melakukannya kezaliman di atas nama bersuka-suka kepada orang lain dari warna kulit, bangsa dan agama sendiri. Kalau orang lain itu dari warna kulit, bangsa dan agama berbeza dari kita, kenapa kita dengan rakus merosakkan dia. Sepatutnya kita memimpinnya kepada cahaya kebenaran Islam.

Apa akan jadi dalam masyarakat setempat kalau semua orang muda (dan apatah lagi kalau orang tua) mengambil cara hidup sebegini? Di lihat dalam perpektif mikro individu sebagai seorang muda yang mendapat untung, dapat enjoy sebelum kahwin kita mungkin seronok dengan budaya sedemikian. Kita sebagai seorang lelaki dan perempuan yang normal sudah tentu tidak menyenangi perkara yang sama yang terpaksa dilalui oleh ibu kita sewaktu muda, adik perempuan kita, kakak kita atau puteri kita satu hari nanti. Sebenarnya pendirian itu kurang tepat bagi kita sebagai dalam perspektif makro hidup bermasyarakat yang mementingkan kesejahteraan untuk semua.

Nasihat yang paling baik kepada orang bujang: bila bersedia, bernikahlah. Bersedia dari fizikal dan ruhi. Walaubagaimanapun bersedia dalam aspek ruhi (spiritual) itulah paling utama. Kita sendiri kena smart susun dan melakukan secara serius untuk rapatkan diri kita dengan agama, mengamalkan agama Islam, kenal Allah dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. bersama kawan-kawan. Soalan-soalan yang mungkin timbul: Perlukah ada kereta, rumah tersergam dan kelengkapan lain seperti tv, video, langsir, kerusi set, peti ais, dsbnya? Jangan bersusah-payah dengan sesuatu yang boleh di lambatkan (delayed), utamakan yang perlu dulu : first things first. Kebanyakan syarikat perniagaan yang hari ini besar bermula dari kecil. Starts small. Anda sebagai boss yang baru yang membuat keputusan.

Bernikah awal lebih baik pada zaman ini kerana menjaga agama. Bernikah menghalalkan perhubungan suami isteri dalam pandangan Allah. Rugi lambat nikah kerana tidak dapat pahala yang diberikan Allah kepada orang yan bernikah. Bahkan tidak bernikah bukan bererti boleh buat perkara-perkara yang di larang agama. Berzina adalah dosa besar yang wajar di jauhi. Berkata Imam Habib Abdullah Haddad (meninggal 1132 Hijrah) di dalam bukunya Nasihat Agama dan Wasiat Iman yang di cetak pada 1982 di Singapura oleh Pustaka Nasional, bahawa nikah kahwin itu akan menghambat waswas syaitan mengenai nafsu perempuan dari dalam dada. Beliau menambah dengan berkata kahwin itu akan mengekang mata dari melihat yang haram, serta memelihara kemaluan dari menyentuh yang dilarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: