berhati2 hidup bujang…(siri 3)

Asas

“Dan Tuhan kamu telah berfirman : Mohonlah kepadaKu, nescaya Aku memperkenankan permohonan kamu.” (Quran, al-Mu’min : 60)

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang muslim yang berdoa melainkan pasti diterima, maka adakalanya disegerakan hajatnya didunia, atau di simpan untuknya di akhirat, atau digunakan untuk menebus dosa-dosa menurut kadar doanya, selama tidak berdoa untuk dosa atau untuk memutuskan hubungan famili.”

Mencari pasangan isteri atau suami yang ideal

Mencari pasangan isteri atau suami yang ideal bukan boleh macam membeli kereta : mahu guna, guna; mahu pakai, pakai. Tidak mahu pakai, boleh berikan kepada kawan atau pun in the worst case, jual besi buruk. Janganlah cuma rembat mana-mana perempuan atau lelaki asal dapat. Dalam bahasa percakapan biasa di sebut : Jangan ambil di tepi jalan, sebab hujungnya habis di tepi jalan juga.

Mencari pasangan bukan setakat teman seks dan teman tidur yang halal. Tetapi juga yang lebih penting ialah kita kena pilih bakal ibu atau ayah untuk anak-anak kita nanti dan untuk kita grow old together. Bukan untuk setahun dua bahkan lama. Ini bukan perjudian (gamble), untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pernikahan atau perkahwinan bukan permainan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki kerana dari dulu lagi menjadi penghubung tali silaturrahim yang akan merapatkan keluarga sebelah pengantin perempuan dengan keluarga sebelah lelaki.

Bukan ramai tetapi hanyalah seorang perempuan untuk di jadikan isteri oleh seorang lelaki. Atau hanyalah seorang lelaki untuk di jadikan suami oleh seorang perempuan. Oleh itu kita kena pilihlah orang yang terbaik untuk kita dan untuk kehidupan rumahtangga kita dimasa depan. Kalau kita menganggap perkara ini penting, maka perlu dilaksanakan.

Bagaimana mencari teman hidup yang ideal

Oleh kerana hidup ini sekejap maka setiap kita berhak untuk mencari dan di harapkan di kurniakan Allah dengan kasih sayangNya pasangan yang paling cocok (ideal) dalam hidup ini.

Caranya
1. Tulis secara menyeluruh (comprehensive & exhaustive)
Tulislah secara menyeluruh apa yang terdapat didalam hati kita mengenai semua spesifikasi mengenai keistimewaan, kualiti, nilai, sifat-sifat dan perawakan yang kita suka ada pada teman hidup ideal kita. Contohnya kegemarannya, kepekaan terhadap sesuatu, kejujuran, ketaatan, kesabaran, amanah, cita-cita, toleransi, sikap kepada keluarga besar anda, kepatuhan kepada agama dari segi zahir dan spiritual, penyayang, peramah, pemurah, bersopan-santun, kebolehan menjahit dan memasak termasuk juga kecantikan fizikal kalau kita mementingkannya. Perlu juga ingat dan ambilkira pesanan Rasulullah s.a.w. kepada kita ummatnya supaya nikahilah wanita kerana kukuh agama.

Kenapa perlu tulis secara menyeluruh? Tujuannya tidak lain melainkan supaya mengelakkan membuat pilihan salah atau pilihan yang lemah. Jangan memilih individu
tertentu kerana yang penting ialah mendapat seseorang yang mempunyai spesifikasi tertentu yang dikehendaki bukan mendapatkan seseorang yang khusus, contohnya
nama-nama tertentu yang terkenal di dunia. Yang terpenting ialah teman atau pasangan anda mempunyai kualiti tertentu. Nama tertentu mungkin tidak mempunyai kualiti yang di harapkan. Jangan sekali-kali bertolak ansur.

2. Doa
Tidak siapa pun tahu siapa sebenarnya isteri kita atau pun suami kita di masa depan kecuali Allah. Ya, kita ada Allah, Tuhan Semesta Alam. Allah Yang Maha Kaya
memiliki segala-galanya. Oleh itu minta saja dengan Allah supaya diberikan teman hidup yang paling sesuai seperti mana yang di hajati melalui doa setiap selepas solat fardhu, solat sunat hajat, dan/atau solat sunat istikharah atau selepas membaca al-Quran. Atau berdoa di waktu-waktu yang paling makbul. Dan boleh nazar dengan syarat nazar yang elok-elok (bertanyalah pakar iaitu ustaz atau ustazah) dan ditunaikan nazar secepat mungkin tersebut nanti berdosa pula.

Prinsip yang dipegang di sini ialah mengelakkan percampuran bebas (free mixing) dan tidak melanggar hukum Quran dan Sunnah yang kita muliakan dalam mencari teman hidup yang ideal.

2. Bayangkan (visualise) dengan jelas
Gambarkan dengan jelas di dalam minda apa yang dikehendaki sehingga kita merasakan dalam minda kita telah memilikinya. Guna gambaran minda atau khayalan (imagination) anda untuk melihat keputusannya (the end result) iaitu teman hidup kita. Gambarkan teman hidup kita sepertimana yang telah kita tulis. Dengar bunyi disekitar kita, hidu udara dan wangian, rasa makanan yang kita suka. Gunakan setiap deria untuk melihat teman hidup kita. Minda kita berfikir menggunakan gambar , bukan perkataan. Allah telah berjanji akan mengurniakan apa yang disukai oleh hati kita (Quran, alMu’min : 60).

3. Bersikap positif
Untuk mencapai cita-cita kita, kita mestilah yakin bahawa kita boleh mendapatnya dengan izin Allah. Bersikap positif secara sedar dan menyebabkan otak separa sedar kita akan bersedia untuk menerima keputusan yang positif.

Lakukan ini setiap hari dan jangan langsung risaukan diri kita mengenai bagaimana atau bila hajat kita akan sampai. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan hajat kita seperti kita dikehendaki. Perhatian dan niat kita mengenai sesuatu akan menyebabkan Allah dengan RahmatNya mengurniakan kita lalu menjadi realiti dalam kehidupan kita. Ingatlah semuanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Memulakan sesuatu dengan nampak secara jelas penghujungnya. Begin with the end in mind. Juara memulakan sesuatu dengan nampak keputusannya di dalam minda. Oleh itu perjuangan yang getir dan berliku akan jadi mudah. Dengan menggunakan kaedah doa, gambaran minda dan sikap positif anda boleh dapat teman hidup ideal yang dihajati.

Di sambung dengan BERHATI-HATI MENEMPUH HIDUP BERTUNANG (SIRI 1). Insya Allah.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Rujukan:

Abullaits Assamarqandi (Alih bahasa: H Salim Bahreisy).1978. Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa. Jilid Kedua. Surabaya : PT Bina Ilmu. Bab: Doa.

Hansen M.V & Canfield J. 1995. Dare to Win. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.

2 Comments

  1. noor ashraaf said,

    July 31, 2007 at 6:23 pm

    kesimpulannye…jage nafsu tuhhh !!

  2. salmywateen said,

    September 26, 2008 at 7:59 am

    salam eidul fitri buat abah… rindu abah la…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: