berhati2 hidup bujang…(siri 3)

Asas

“Dan Tuhan kamu telah berfirman : Mohonlah kepadaKu, nescaya Aku memperkenankan permohonan kamu.” (Quran, al-Mu’min : 60)

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang muslim yang berdoa melainkan pasti diterima, maka adakalanya disegerakan hajatnya didunia, atau di simpan untuknya di akhirat, atau digunakan untuk menebus dosa-dosa menurut kadar doanya, selama tidak berdoa untuk dosa atau untuk memutuskan hubungan famili.”

Mencari pasangan isteri atau suami yang ideal

Mencari pasangan isteri atau suami yang ideal bukan boleh macam membeli kereta : mahu guna, guna; mahu pakai, pakai. Tidak mahu pakai, boleh berikan kepada kawan atau pun in the worst case, jual besi buruk. Janganlah cuma rembat mana-mana perempuan atau lelaki asal dapat. Dalam bahasa percakapan biasa di sebut : Jangan ambil di tepi jalan, sebab hujungnya habis di tepi jalan juga.

Mencari pasangan bukan setakat teman seks dan teman tidur yang halal. Tetapi juga yang lebih penting ialah kita kena pilih bakal ibu atau ayah untuk anak-anak kita nanti dan untuk kita grow old together. Bukan untuk setahun dua bahkan lama. Ini bukan perjudian (gamble), untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pernikahan atau perkahwinan bukan permainan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki kerana dari dulu lagi menjadi penghubung tali silaturrahim yang akan merapatkan keluarga sebelah pengantin perempuan dengan keluarga sebelah lelaki.

Bukan ramai tetapi hanyalah seorang perempuan untuk di jadikan isteri oleh seorang lelaki. Atau hanyalah seorang lelaki untuk di jadikan suami oleh seorang perempuan. Oleh itu kita kena pilihlah orang yang terbaik untuk kita dan untuk kehidupan rumahtangga kita dimasa depan. Kalau kita menganggap perkara ini penting, maka perlu dilaksanakan.

Bagaimana mencari teman hidup yang ideal

Oleh kerana hidup ini sekejap maka setiap kita berhak untuk mencari dan di harapkan di kurniakan Allah dengan kasih sayangNya pasangan yang paling cocok (ideal) dalam hidup ini.

Caranya
1. Tulis secara menyeluruh (comprehensive & exhaustive)
Tulislah secara menyeluruh apa yang terdapat didalam hati kita mengenai semua spesifikasi mengenai keistimewaan, kualiti, nilai, sifat-sifat dan perawakan yang kita suka ada pada teman hidup ideal kita. Contohnya kegemarannya, kepekaan terhadap sesuatu, kejujuran, ketaatan, kesabaran, amanah, cita-cita, toleransi, sikap kepada keluarga besar anda, kepatuhan kepada agama dari segi zahir dan spiritual, penyayang, peramah, pemurah, bersopan-santun, kebolehan menjahit dan memasak termasuk juga kecantikan fizikal kalau kita mementingkannya. Perlu juga ingat dan ambilkira pesanan Rasulullah s.a.w. kepada kita ummatnya supaya nikahilah wanita kerana kukuh agama.

Kenapa perlu tulis secara menyeluruh? Tujuannya tidak lain melainkan supaya mengelakkan membuat pilihan salah atau pilihan yang lemah. Jangan memilih individu
tertentu kerana yang penting ialah mendapat seseorang yang mempunyai spesifikasi tertentu yang dikehendaki bukan mendapatkan seseorang yang khusus, contohnya
nama-nama tertentu yang terkenal di dunia. Yang terpenting ialah teman atau pasangan anda mempunyai kualiti tertentu. Nama tertentu mungkin tidak mempunyai kualiti yang di harapkan. Jangan sekali-kali bertolak ansur.

2. Doa
Tidak siapa pun tahu siapa sebenarnya isteri kita atau pun suami kita di masa depan kecuali Allah. Ya, kita ada Allah, Tuhan Semesta Alam. Allah Yang Maha Kaya
memiliki segala-galanya. Oleh itu minta saja dengan Allah supaya diberikan teman hidup yang paling sesuai seperti mana yang di hajati melalui doa setiap selepas solat fardhu, solat sunat hajat, dan/atau solat sunat istikharah atau selepas membaca al-Quran. Atau berdoa di waktu-waktu yang paling makbul. Dan boleh nazar dengan syarat nazar yang elok-elok (bertanyalah pakar iaitu ustaz atau ustazah) dan ditunaikan nazar secepat mungkin tersebut nanti berdosa pula.

Prinsip yang dipegang di sini ialah mengelakkan percampuran bebas (free mixing) dan tidak melanggar hukum Quran dan Sunnah yang kita muliakan dalam mencari teman hidup yang ideal.

2. Bayangkan (visualise) dengan jelas
Gambarkan dengan jelas di dalam minda apa yang dikehendaki sehingga kita merasakan dalam minda kita telah memilikinya. Guna gambaran minda atau khayalan (imagination) anda untuk melihat keputusannya (the end result) iaitu teman hidup kita. Gambarkan teman hidup kita sepertimana yang telah kita tulis. Dengar bunyi disekitar kita, hidu udara dan wangian, rasa makanan yang kita suka. Gunakan setiap deria untuk melihat teman hidup kita. Minda kita berfikir menggunakan gambar , bukan perkataan. Allah telah berjanji akan mengurniakan apa yang disukai oleh hati kita (Quran, alMu’min : 60).

3. Bersikap positif
Untuk mencapai cita-cita kita, kita mestilah yakin bahawa kita boleh mendapatnya dengan izin Allah. Bersikap positif secara sedar dan menyebabkan otak separa sedar kita akan bersedia untuk menerima keputusan yang positif.

Lakukan ini setiap hari dan jangan langsung risaukan diri kita mengenai bagaimana atau bila hajat kita akan sampai. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan hajat kita seperti kita dikehendaki. Perhatian dan niat kita mengenai sesuatu akan menyebabkan Allah dengan RahmatNya mengurniakan kita lalu menjadi realiti dalam kehidupan kita. Ingatlah semuanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Memulakan sesuatu dengan nampak secara jelas penghujungnya. Begin with the end in mind. Juara memulakan sesuatu dengan nampak keputusannya di dalam minda. Oleh itu perjuangan yang getir dan berliku akan jadi mudah. Dengan menggunakan kaedah doa, gambaran minda dan sikap positif anda boleh dapat teman hidup ideal yang dihajati.

Di sambung dengan BERHATI-HATI MENEMPUH HIDUP BERTUNANG (SIRI 1). Insya Allah.

KE ARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Rujukan:

Abullaits Assamarqandi (Alih bahasa: H Salim Bahreisy).1978. Tanbihul Ghafilin Peringatan Bagi Yang Lupa. Jilid Kedua. Surabaya : PT Bina Ilmu. Bab: Doa.

Hansen M.V & Canfield J. 1995. Dare to Win. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.

berhati2 hidup bujang~..(siri 2)

Ada tiga perkara yang terpaksa di sentuh bila bercakap mengenai berhati-hati menempuh hidup bujang atau sebelum bertunang. Pertama mengenai apa yang di sebut oleh Tamar Djaja (1913- ) dalam bukunya Tuntunan Pekawinan & Rumah Tangga Islam yang di cetak 1980 oleh PT AlMa’arif di Bandung, Indonesia, masa berpacaran iaitu pergaulan muda-mudi dengan bebas menentukan pilihannya untuk jodohnya. Beliau dan para cendiakawan Islam rata-ratanya bersepakat berdasarkan hujjah dari Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. bahawa pergaulan bebas (free mixing) antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh bernikah) adalah dilarang agama Islam.

Janganlah kita mencemarkan diri kita dengan melakukan perkara yang dilarang Allah. Kalau benar-benar strict menjaga agama, elakkanlah pergaulan bebas. Somehow, memang sengaja dirancang atau berlaku dengan perlahan-lahan atau tiba-tiba sekiranya tidak berhati-hati, berlakulah apa yang telah berlaku : kita mempunyai teman intim yang mungkin seorang atau lebih dari seorang daripada berlawanan jantina (opposite sex).

Hati kita sudah terlalu suka terhadapnya. Teman intim adalah teman yang special tidak seperti kawan-kawan biasa. Walaupun seorang tetapi manakan sama seperti ramai kawan lain. Bak kata pepatah beauty is to the beholder. Biar orang kata apa asal hati suka. Orang yang bercinta seperti dibuai mimpi indah. Segala-galanya indah bila hati kita sudah suka. Dunia menjadi seolah-olah berwarna-warni dan penuh dengan bintang-bintang cantik. Jatuh hati menyebabkan sanggup berkorban diri (lalu tidak pelik ramai yang sudah menjadi korban jalanan). Lautan api sanggup direnangi asalkan dapat bersama-sama. Maka sibuklah kita melayan si dia. Kita dipenuhi dengan program bersama teman intim kita. Kita ke hulu ke hilir, ke mana saja membawa atau dibawa pasangan masing-masing. Akal kita disalahgunakan untuk mencari berbagai alasan. Berbagai alasan boleh diberikan bergantung kepada matlamat kita.

Mencuri adalah tidak di sukai dalam mana-mana masyarakat pun hatta di kalangan pencuri. Mengambil kepunyaan orang lain tanpa hak dan menggunakannya seperti hak sendiri adalah kerja yang hina. Perkara ini kita semua memahaminya. Sejak kecil kita diasuh supaya menghormati hak orang lain dan jangan mencuri. Jarang kita dengar anak-anak di didik supaya tidak menghormati hak orang lain dan di asuh mencuri. Seseorang pencuri pun tidak suka miliknya di curi orang.

Sayangnya teman wanita (girlfriend/s) atau teman lelaki (boyfriend/s) sebenarnya bukan milik kita. Sebenarya Allah memiliki kita semua, bahkan segala-galanya yang ada di alam semesta dan di akhirat. Jangan mencuri milik Allah. Dalam apa juga keadaan kita, tentunya perlu mengikut kehendak agama Islam yang kita sayangi.

Kalau hendak atau terlalu berhajat mendapatkannya mintalah kepadaNya. Kita bermohon kapada Allah (rujuk pakar dan Kitab Fiqh mengenai solat sunat istikharah) berdasarkan pengetahuanNya supaya ditaqdirkan si dia bagi kita. Kalau memang baik dari sudut agama kita serta dunia kita dan membawa akibat yang baik pada urusan kita berikan berkat kepadanya.

Dalam percintaan kita merasa seolah-olah si dia milik kita. Sebenarnya kawan dan teman perempuan juga adalah kepunyaan orang lain iaitu her legal husband in the future, suami yang sebenar dimasa akan datang. Jangan mencuri perempuan dari suaminya pada masa depan atas sebab cinta pada masa kini.

Oleh sebab itu seseorang perempuan kini mesti menjaga dirinya untuk suaminya pada masa depan itu. Kalau ini berlaku, sesiapa saja orang lelaki yang menjadi suaminya pasti gembira kerana dia masih suci dan tidak tercemar angkara bekas teman lelakinya dulu (free mixing bisa membawa kepada free sex) kerana memang dia tidak ada teman lelaki dan selamanya menjauhi perkara yang di haramkan agama Islam. Begitu juga seseorang perempuan. Dia bergembira kerana mendapat suami yang masih suci kerana menjauhi perkara-perkara yang di larang agama Islam.

Rupa-rupanya terdapat hikmah (wisdom) untuk kebaikan kita apabila menjauhi perkara-perkara yang di larang agama Islam. Bila Islam di amalkan, semua orang akan dapat manfaat. Allah memberikan agama Islam untuk bukan untuk DiriNya tetapi untuk manfaat manusia.

Berhati2 menempuh hidup bujang..(siri 1)

Berhati-hatilah menempuh hidup bujang iaitu belum bernikah kerana ada orang berpegang kepada kata-kata: SEBELUM NIKAH, ENJOY LAH DULU. Maknanya bersuka-suka betul-betul, enjoy betul-betul kemudian bernikah.

Apakah ertinya bersuka-suka dulu, enjoy dulu? Dalam Islam penilaiannya amatlah mudah. Kita boleh buat apa saja yang kita suka asalkan tidak melanggar sebarang peraturan hidup yang ditetapkan Islam. Kita sudah besar panjang dan setiap kita sampai bila-bila bertanggung jawab secara individu di dunia dan di akhirat terhadap apa yang kita apa yang kita lakukan. Itulah yang yang di maksudkan dengan mukallaf di dalam Islam. Pastikan kita sentiasa berada didalam kawasan halal yang di izinkan. Sila rujuk penerangan yang lebih terperinci mengenai Hadith yang ke 6 dalam Hadith 40 Imam Nawawi. Jangan sampai berhampiran sempadan larangan kerana di takuti melakukan yang haram.

Untuk bersuka-suka, untuk enjoy, jangan sampai kita mengganggu atau merosakkan orang lain, lelaki atau perempuan, tidak kira siapa dia, samada dia rela atau tidak. Perkara yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki-perempuan bukan mahram adalah termasuk hak Allah yang tidak ada siapa boleh mengizinkannya. Kalau kita pun berpegang kepada kata-kata bersuka-suka dulu berapakah ramai orangkah yang kita perlu kita rosakkan sebelum akhirnya menemui jodoh kita. Kebiasaannya kebanyakan orang lain itu sebenarnya orang yang sama dari sudut rasa (taste) – dari sudut warna kulit, bangsa dan agama – dengan kita. Sebenarnya kita telah melakukannya kezaliman di atas nama bersuka-suka kepada orang lain dari warna kulit, bangsa dan agama sendiri. Kalau orang lain itu dari warna kulit, bangsa dan agama berbeza dari kita, kenapa kita dengan rakus merosakkan dia. Sepatutnya kita memimpinnya kepada cahaya kebenaran Islam.

Apa akan jadi dalam masyarakat setempat kalau semua orang muda (dan apatah lagi kalau orang tua) mengambil cara hidup sebegini? Di lihat dalam perpektif mikro individu sebagai seorang muda yang mendapat untung, dapat enjoy sebelum kahwin kita mungkin seronok dengan budaya sedemikian. Kita sebagai seorang lelaki dan perempuan yang normal sudah tentu tidak menyenangi perkara yang sama yang terpaksa dilalui oleh ibu kita sewaktu muda, adik perempuan kita, kakak kita atau puteri kita satu hari nanti. Sebenarnya pendirian itu kurang tepat bagi kita sebagai dalam perspektif makro hidup bermasyarakat yang mementingkan kesejahteraan untuk semua.

Nasihat yang paling baik kepada orang bujang: bila bersedia, bernikahlah. Bersedia dari fizikal dan ruhi. Walaubagaimanapun bersedia dalam aspek ruhi (spiritual) itulah paling utama. Kita sendiri kena smart susun dan melakukan secara serius untuk rapatkan diri kita dengan agama, mengamalkan agama Islam, kenal Allah dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. bersama kawan-kawan. Soalan-soalan yang mungkin timbul: Perlukah ada kereta, rumah tersergam dan kelengkapan lain seperti tv, video, langsir, kerusi set, peti ais, dsbnya? Jangan bersusah-payah dengan sesuatu yang boleh di lambatkan (delayed), utamakan yang perlu dulu : first things first. Kebanyakan syarikat perniagaan yang hari ini besar bermula dari kecil. Starts small. Anda sebagai boss yang baru yang membuat keputusan.

Bernikah awal lebih baik pada zaman ini kerana menjaga agama. Bernikah menghalalkan perhubungan suami isteri dalam pandangan Allah. Rugi lambat nikah kerana tidak dapat pahala yang diberikan Allah kepada orang yan bernikah. Bahkan tidak bernikah bukan bererti boleh buat perkara-perkara yang di larang agama. Berzina adalah dosa besar yang wajar di jauhi. Berkata Imam Habib Abdullah Haddad (meninggal 1132 Hijrah) di dalam bukunya Nasihat Agama dan Wasiat Iman yang di cetak pada 1982 di Singapura oleh Pustaka Nasional, bahawa nikah kahwin itu akan menghambat waswas syaitan mengenai nafsu perempuan dari dalam dada. Beliau menambah dengan berkata kahwin itu akan mengekang mata dari melihat yang haram, serta memelihara kemaluan dari menyentuh yang dilarang.

Gunakan segala-galanya untuk menarik rahmat Allah…

diadaptasi dr blog jiwa merdeka. Tahniah kerana khabarnya orang bujang sudah membeli kereta. Dulu hanya naik motorsikal. Kereta atau motorsikal sama saja : semoga dapat digunakan untuk membuat amal untuk pahala di akhirat dan elakkan membawa perkara-perkara yang Allah HARAMKAN khususnyanya membawa mak wa (girlfriend/s). Gunakanlah segala-gala yang kita punya untuk menarik rahmat Allah bukan untuk menarik azab Allah.

Diharap dapat bersabar dan menahan nafsu sehinggalah nanti selepas nikah. Selepas nikah, your CAR CAN BECOME YOUR BILIK PENGANTIN yang ada penyaman udara, ada wangian air freshner, dsbnya boleh buat saja yang halal.

Beringatlah dan jagalah sungguh-sungguh agama kita. Kalau sudah suka sangat, berkenan sangat kepada mak wa tersebut, maka di syorkan supaya solat istikharah meminta petunjuk Allah, maka cepatkan urusan nikah… Lepas nikah, semua jadi merdeka dan halal.

Jangan hanya jadi anak kepada orang yang baik-baik, tapi kita sendiri kena menjadi orang baik-baik yang akan melahirkan zuriat yang baik-baik.

Moga menggunakan akal yang sejahtera memahami perkara ini.

Wallahu a’lam.

BEBERAPA NASIHAT BUAT SISWA SISWI BAKAL PEMIMPIN DIMASA DEPAN

Siswa/siswi jadilah pemimpin masa depan yang bukan sekadar menjadi kebanggaan emak, ayah dan keluarga tetapi juga universiti, negeri, negara, dunia dan seluruh manusia selama-lamanyanya.

Sebelum melakukan apa jua tindakan, fikir dan ambil kira serta dahulukan hukum Tuhan, Pencipta Alam Semesta. Kemuliaan insan walau dimana jua ialah dengan terus tetap mentaatiNya. Bukan sebaliknya.

Dalam pergaulan dan berseronok suka, jagalah maruah diri dan agama, Jangan sampai TERGODA. Ramai yang telah tergoda dan terpedaya dan ternoda. Sesungguhnya syaitan telah bersumpah menyesatkan penghuni maya. Jangan korbankan kesenangan yang abadi kerana mengejar keseronokan nikmat yang sekejap.

Siswi : Berlaku adil lah kepada bakal suamimu yang sah dan zuriatmu nanti : jaga maruah diri.

Siswa : Berlaku adil lah kepada bakal isterimu yang sah dan zuriatmu nanti : jaga maruah diri.

Siswa & Siswi : Preserve your virginity until your wedding night. Itulah keindahan malam pengantin…

Siswa : Dalam pergaulan lelaki-perempuan jangan mengambil kesempatan dari budi yang ditabur. Jangan berbudi kerana ganjaran body. Bagaimana kalau hal yang sama berlaku pada ibumu, adik perempuanmu, kakakmu atau puterimu nanti? Tidak ada lelaki (yang normal) pun didunia ini yang menyenanginya.

Siswi : Berhati-hatilah menerima budi, jangan sampai tergadai body. Jangan sampai dihantui rasa bersalah kepada zuriatmu akan datang kerana tidak pandai menjaga diri sewaktu muda belia. Mesti smart dalam menilai dan bertindak demi kebaikan dan kesucian diri. Jangan jadikan body sebagai tukaran walau melaut budi yang diterima. Body mu terlalu bernilai dan tidak wajar untuk dijadikan korban jalanan dan pestaan. Serahkan body mu hanya kepada pihak yang berhak sahaja, iaitu suami yang sah di masa depan. Terlalu penting memahami hal ini. Hentikan menipu diri dengan hanya lakonan hidup menghias luaran diri (frame) tetapi gersang dari iman dan akhlak mulia.

Kita sebagai anak yang halal dari pernikahan ayah dan ibu kita yang sah (kalau ragu-ragu, perlu check dengan ibu anda segera), jangan sampai berperanan diatas kelahiran anak yang tidak sah iaitu anak haram.. Bukan salah si bayi itu tetapi salah ayah dan ibunya yang tidak berupaya mengendali dan mengawal nafsu – sehingga terjadilah perkara-perkara jijik yang disukai (?) dan bersungguh-sungguh dicari walaupun dosa besar. Menyesal kemudian tiada gunanya. Jangan kaburkan atau rosakkan salasilah keturunan zuriatmu zaman berzaman. Jangan mulakan vicious cycle (pusingan kejam) dalam kehidupanmu yang sementara ini.

Walaupun tempoh di pusat pengajian tinggi semakin menghujung, tapi masih ada masa untuk berubah dan membaiki diri kalau kita benar-benar mahu. Terlalu rugi kalau kita hanya mendapatkan segala-galanya dari sudut duniawi TETAPI tidak dikurniakan asuhan agama Islam sewaktu di kampus lantaran tidak benar-benar mencarinya. Maaf kerana menggunakan tamsil yang kurang elok : Penagih dadah jarang ditemui mati kerana tiada bekalan dadah walaupun di tempat baru. Orang yang pasti beruntung ialah orang yang sentiasa melakukan dan merindui kebaikan serta menjauhi dan membenci kejahatan. Apalah se gunung degree tanpa akhlak mulia menghiasi diri. Success at the expense of faith is NO success. The CHOICE to seek the Truth is yours. Anda boleh! (kalau anda benar-benar mahu).

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Untuk Orang Muda : Putera dan Puteri Harapan Ummat

Putera: Dimana saja, kehebatanmu adalah untuk menjaga dan pertahankan maruah puteri. Kalau benar-benar sayang, pimpinlah mereka kepada kebaikan dan kebenaran. Never betray the trust. Jangan sekali-kali membelot amanah itu.

Puteri: Sayangilah diri sendiri, jagalah, pertahankan diri jangan sampai merelakan diri, menyerah diri (by choice or by chance) menjadi mainan lelaki. Usah jadikan dirimu sebagai bahan ujikaji. Ambil pengajaran dari pengalaman sejarah manusia. Dirimu terlalu berharga untuk menjadi just some blow-up doll that a man can use and then deflate and put away until the next time…..

PUTERI SAYANG
(dirimu yang merupakan permata kesayangan ayah & ibu)

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan, bukan juga kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteri sayang
Aduhai puteri sayang
Puteri sayang

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan engkau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan dibinasakannya
Wahai puteri sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatmu…..

(Terima kasih, Hijjaz)

Kaedah Fiqh Mengenai Pergaulan Bebas Antara Lelaki Perempuan Bukan Mahram

Sedutan dari Buku Masalah Agama (Jilid 3) oleh Kiahi Hj. Sirajuddin ‘Abbas (1983) diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn Bhd (Kota Bharu), Bab IV, Masalah Kebudayaan dan Kesenian, muka surat 195:
“Apabila sesuatu sudah dilarang dan sudah diharamkan oleh agama maka sekelian jalan yang menuju kepada yang haram itu, haram pula hukumnya.
Terdapat sebuah Kaedah Usul Fiqh (Rumusan Kaedah Penetapan Hukum oleh Pakar Perundangan Islam), iaitu ‘Lil-wasaa-ili hukmul maqaasid’, yang bermaksud : Hukum wasilah (jalan yang menuju, means) serupa dengan hukum tujuan (end).
Contoh: Zina, hukumnya haram. Segala pekerjaan yang menuju kepada zina umpamanya rumah pelacuran, menyediakan tempat tawar menawar diantara lelaki dan perempuan, menyediakan kenderaan untuk pelacur, menjadi perantaraan untuk urusan pelacuran, menyediakan kemudahan untuk membolehkannya berlaku, berkhalwat berdua-duaan sahaja dengan wanita, berpantun dan bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan, berdansa dan berjoget.
Semua itu menjadi haram hukumnya sekalipun yang mengerjakan itu tidak berzina.”

Sedutan dari Buku Hadith 40 oleh Ustaz Mustafa Abdul Rahman (1986) diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar (Shah Alam), muka surat 153:
“Terdapat Kaedah Usul Fiqh yang masyhur iaitu “sadduz-zara-‘ik”
yang bermaksud “Menolak segala jalan yang membawa kepada kerosakan”.
Oleh itu kalau sesuatu perkara itu dilarang (iaitu haram) kerana menimbulkan kerosakan dalam pandangan agama maka jalan atau sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang haram itu dihukumkan haram juga. Oleh itu diharam(kan) segala suatu yang membuka jalan kepada yang haram. Misalnya, apabila diharamkan zina, diharamkan juga segala sebab-sebab pendahuluannya atau puncanya, diantaranya perhiasan badan yang tidak sopan diluar batasan agama, percampuran atau pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuka aurat yang dilarang dan berkhalwat (bersepi/bersunyian) antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.”

JOM KITA TAAT

Hentikanlah kegemaran bersunyian (walaupun ditengah ramai) dan bercumbuan mesra dengan lelaki atau perempuan yang bukan suami atau isteri yang sah bagi kita, kerana perkara itu adalah dosa, menjatuhkan maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan negara dan merupakan kezaliman kepada zuriat kita akan datang zaman berzaman.

Kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini tidak didapati dengan melakukan dosa sebagaimana air laut tidak menghilangkan kehausan Kalau serius mahu menjauhi zina, hindarkan memulakan perjalanan kearah itu. Kebiasaannya, lambat laun pengembara akan sampai juga ke destinasi, kalau langkah sudah bermula.

Bergaul mesra diantara lelaki perempuan yang tidak halal memang dipenuhi keseronokan, nikmat dan keghairahan nafsu. Sejarah manusia menunjukkan ramai yang telah ternoda dan tertipu oleh godaan nafsu dan syaitan.

Jangan merelakan diri kita menjadi pelacur berbayar atau pelacur percuma (unpaid prostitute). Jadilah orang yang ada maruah dan harga diri.

Jangan dekati zina dengan berbagai cara dan jangan berzina, kerana hukumnya sama saja : HARAM dan berdosa. Harga diri pertahankanlah, sayang.

Jangan merosakkan orang yang kita sayang. Pimpinlah dan pujuklah diri dan orang yang kita sayang ke arah kebaikan dan syurga diakhirat Mahukah kita melihat dimasa depan anak-anak kita mewarisi dan mengamalkan sifat buruk kita hari ini?

Pilihan untuk berubah – ditangan kita! Mahu seribu jalan ……
Kita BOLEH kalau kita MAHU. Sebar2kanlah……

apa erti menghampiri zina??

Apa Ertinya Mendekati Zina….

Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina” (Quran: Al-Isra’: 32)

“Mendekat saja tidak boleh. Tahu maksudnya mendekat perzinaan? Ertinya dengan pergaulan yang bebas, rapat dengan perempuan yang bukan muhrimnya atau sudah tahu tempat itu tempat ‘kupu-kupu malam’ dia berbuat…“Tidak cuma mendekat saja, cuma melihat saja” Kenapa? “Cuci mata” katanya begitu. Itu namanya sudah mendekati perzinaan.

Macam orang-orang yang membaca majalah-majalah yang cabul, majalah-majalah yang tidak senonoh, filem-filem yang tidak patuh, blue filem (filem lucah) dan sebagainya. Itu namanya sudah mendekati perzinaan – sebab dengan melihat gambar-gambar, surat khabar, majalah-majalah, yang meransang menimbulkan nafsu, atau melihat filem-filem yang menimbulkan nafsu itu bererti mendekatkan diri kepada perzinaan.

Sebab apa? Kalau nafsu sudah melonjak, orang akan jadi buta tuli. Justeru itu Allah tidak melarang kita “walaa taznuu” (dan jangan berzina) tetapi “walaa taqrabuz zina” (dan janganlah mendekati zina).

Mendekatkan diri kepada perzinaan saja (sudah) tidak boleh, apa lagi kita berzina. Lebih-lebih (tidak boleh).

Kerana itu perempuan-perempuan muslimah disuruh menutup aurat, supaya tidak menimbulkan nafsu buat lelaki. Allah dan Rasul(Nya) melarang percampuran bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim – kerana hendak mengamalkan “Janganlah kamu mendekati zina.”

(Dari keset ‘Amaran Allah’ oleh Habib Sheikh
Al- Jufri, pendakwah bebas daripada negara jiran Indonesia, yang pernah didapati di Malaysia suatu masa dulu)

“Janganlah kamu menghampiri (mendekati) zina” (Quran: Al-Isra’: 32)

Dimaksudkan dengan kata-kata “menghampiri” itu, ialah bergaul bebas itulah antara dua jenis yang berbeza itu.

Perbuatan-perbuatan sebelum perzinaan terjadi, adalah perbuatan “kotor” yang dilarang dan apa lagi kalau sampai kepada perzinaan.

Zina itu adalah larangan mutlak dari agama.

Melakukan sanggama (perhubungan jenis) antara wanita dan lelaki tidak pernah mendapat izin agama, selain antara dua orang suami isteri. Di sini, tidak pernah berlaku kata-kata “darurat” atau apa yang dikatakan sangat “mendesak”.

Seorang tidak boleh melakukan zina dalam keadaan betapapun juga. Seorang lelaki hanya dibenarkan berjimak dengan isterinya yang halal.

(Sedutan pada buku “Tuntunan Perkahwinan dan Rumah Tangga Islam”, muka surat 248 oleh Tamar Djaja (1980), terbitan PT. Al-Ma’arif Bandung)

JOM KITA TAAT

Hidup kita akan lebih bermakna dengan kita mentaati Allah. Akan datang suatu hari akan bila kita mahu tidak mahu akan pulang bertemu Allah Maha Pencipta. Penuhkan hari-hari kita dengan mentaati Allah. Doakan supaya Allah menolong kita supaya mentaatinya. Ajak kawan-kawan supaya bersama-sama.

BERSAMA MEMBINA DUNIA SEJAHTERA

berhati2 lah wahai gadis2~

WAHAI GADIS BERHATI-HATILAH…

Wahai gadis telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin… Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Pun begitu ramai yang tertipu atau merelakan diri di tipu lagi dan lagi.

Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu sendiri.

Hujungnya, kebiasaannya kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap. Usia bertambah, pohon semakin luntur…

Gist of the story: Tidak hina menjaga dirimu selaras kehendak agama kerana itulah prasyarat kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan hakiki. Ramai kita terlupa. Mana mungkin ruhani dapat dipuaskan dengan perkara-perkara zahir.

couple..sama2 lah kita renungkan..

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

Diambil dari http://alinsyirah.blogdrive.com/ , di edit oleh jiwakitamerdeka.

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya kebiasaannya walaupun tidak semestinya memasuki sebuah biduk pernikahan.

Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya:
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).

2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350).

6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH,
tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (al-Isra: 32).

Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.
Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor/sifat, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda: Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunnah RasulNya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

« Older entries