Kaedah Fiqh Mengenai Pergaulan Bebas Antara Lelaki Perempuan Bukan Mahram

Sedutan dari Buku Masalah Agama (Jilid 3) oleh Kiahi Hj. Sirajuddin ‘Abbas (1983) diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn Bhd (Kota Bharu), Bab IV, Masalah Kebudayaan dan Kesenian, muka surat 195:
“Apabila sesuatu sudah dilarang dan sudah diharamkan oleh agama maka sekelian jalan yang menuju kepada yang haram itu, haram pula hukumnya.
Terdapat sebuah Kaedah Usul Fiqh (Rumusan Kaedah Penetapan Hukum oleh Pakar Perundangan Islam), iaitu ‘Lil-wasaa-ili hukmul maqaasid’, yang bermaksud : Hukum wasilah (jalan yang menuju, means) serupa dengan hukum tujuan (end).
Contoh: Zina, hukumnya haram. Segala pekerjaan yang menuju kepada zina umpamanya rumah pelacuran, menyediakan tempat tawar menawar diantara lelaki dan perempuan, menyediakan kenderaan untuk pelacur, menjadi perantaraan untuk urusan pelacuran, menyediakan kemudahan untuk membolehkannya berlaku, berkhalwat berdua-duaan sahaja dengan wanita, berpantun dan bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan, berdansa dan berjoget.
Semua itu menjadi haram hukumnya sekalipun yang mengerjakan itu tidak berzina.”

Sedutan dari Buku Hadith 40 oleh Ustaz Mustafa Abdul Rahman (1986) diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar (Shah Alam), muka surat 153:
“Terdapat Kaedah Usul Fiqh yang masyhur iaitu “sadduz-zara-‘ik”
yang bermaksud “Menolak segala jalan yang membawa kepada kerosakan”.
Oleh itu kalau sesuatu perkara itu dilarang (iaitu haram) kerana menimbulkan kerosakan dalam pandangan agama maka jalan atau sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang haram itu dihukumkan haram juga. Oleh itu diharam(kan) segala suatu yang membuka jalan kepada yang haram. Misalnya, apabila diharamkan zina, diharamkan juga segala sebab-sebab pendahuluannya atau puncanya, diantaranya perhiasan badan yang tidak sopan diluar batasan agama, percampuran atau pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuka aurat yang dilarang dan berkhalwat (bersepi/bersunyian) antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.”

JOM KITA TAAT

Hentikanlah kegemaran bersunyian (walaupun ditengah ramai) dan bercumbuan mesra dengan lelaki atau perempuan yang bukan suami atau isteri yang sah bagi kita, kerana perkara itu adalah dosa, menjatuhkan maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan negara dan merupakan kezaliman kepada zuriat kita akan datang zaman berzaman.

Kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini tidak didapati dengan melakukan dosa sebagaimana air laut tidak menghilangkan kehausan Kalau serius mahu menjauhi zina, hindarkan memulakan perjalanan kearah itu. Kebiasaannya, lambat laun pengembara akan sampai juga ke destinasi, kalau langkah sudah bermula.

Bergaul mesra diantara lelaki perempuan yang tidak halal memang dipenuhi keseronokan, nikmat dan keghairahan nafsu. Sejarah manusia menunjukkan ramai yang telah ternoda dan tertipu oleh godaan nafsu dan syaitan.

Jangan merelakan diri kita menjadi pelacur berbayar atau pelacur percuma (unpaid prostitute). Jadilah orang yang ada maruah dan harga diri.

Jangan dekati zina dengan berbagai cara dan jangan berzina, kerana hukumnya sama saja : HARAM dan berdosa. Harga diri pertahankanlah, sayang.

Jangan merosakkan orang yang kita sayang. Pimpinlah dan pujuklah diri dan orang yang kita sayang ke arah kebaikan dan syurga diakhirat Mahukah kita melihat dimasa depan anak-anak kita mewarisi dan mengamalkan sifat buruk kita hari ini?

Pilihan untuk berubah – ditangan kita! Mahu seribu jalan ……
Kita BOLEH kalau kita MAHU. Sebar2kanlah……

10 Comments

  1. ABaNg said,

    May 21, 2007 at 2:47 am

    ya..! saya sangat setuju tentang, Pergaulan BEbas antar laki2 dan perempuan yang bukan mahram, jdi begini menurut saya itu semua kerjaan orang 2 kafir yang menghalalkan segala cara dan itu perbuatan zinah walaupun itu cma d blang zinah kecil akan tetapi itu sudah membuat kita dekat dengan api neraka. dan jga itu cma budaya orang2 zolim yg ingin menjatuhkan harga diri dengan ulah nya sendiri.
    wassalam

  2. wan said,

    July 31, 2007 at 3:43 pm

    jangan menunggu ramai golongan anak zina baru tindakan amr makruf dan nahi munkar baru nak di laksana dan dikuatkuasakan

  3. wan said,

    July 31, 2007 at 3:45 pm

    semua pihak perlu bekerjasama untuk menyahut seruan dai agar keunggulan islam di bangai dan menjadi ikutan para muda-mudi yang leka dan hanyut sekarang ini.

  4. sahib said,

    July 31, 2007 at 3:46 pm

    semua pihak perlu bekerjasama untuk menyahut seruan dai agar keunggulan islam di bangai dan menjadi ikutan para muda-mudi yang leka dan hanyut sekarang ini.

  5. man said,

    July 31, 2007 at 3:48 pm

    sedarlah semua insan yang bergelar makhluk allah jangan sampai nyawa dihalkum baru nak bertaubat kerana ketika itu pintu taubat sudahpun tertutup rapat.Insaflah…..

  6. azza said,

    August 10, 2007 at 10:57 am

    arak dan benda yg mengkhayalkan selalu memesongkan anak remaja dalam pergaulan bebas dan menuju kearahan lembah maksiat. mari kita pantau anak remaja dari terjerumus kelembah maksiat

  7. izzan fahat said,

    April 3, 2009 at 11:39 am

    nauzubillah hi minzalik

  8. Nurul said,

    August 2, 2010 at 1:32 pm

    katakan TIDAK pada couple sblm kawen….
    tiada cinta sblm IJAB dan QABUL…

  9. hazim said,

    November 17, 2010 at 6:51 am

    dah tu… apakah situasi yng mengharuskan pergaulan antara laki2 dan perempuan???

  10. hazim said,

    November 17, 2010 at 6:52 am

    sape2 bleh tlg jawab


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: